Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka Merecik

Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka Merecik

Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka Merecik


Selamatpagi uolls...hari ni nak share resepi agar-agar santan gula melaka yang sedap hinga menjilat jari,tak boleh berhenti kalau dah menghadap agar-agar ni,jom kita tengok bahan-bahan untuk buat:

Bahan-bahan agar-agar:

1 paket agar-agar tali (10gram)
2 cawan air
1 biji telur-masukkan dalam santan dan kacau dengan garfu
100ml santan pekat ditambahkan dengan 150ml air
Scubit garam

Bahan-bahan air gula:

1 ketul gula melaka atau fula merah yang diracik halus
2 cawan air
2 helai daun pandan
1/4 cawan gula pasir

Cara membuat:

1.Masukkan 2 cawan air bersama gula yang telah diracik,gula pasir dan daun pandan.Kacau sehingga mendidih.Setelah mendidih,angkat dan tapis sehingga menjadi 2 cawan.

2.Didalam periuk yang lain,masak agar-agar dengan 2cawan air sehingga mendidih,kemudian masukkn 2 cawan air tapisan gula tadi masak sehinga mendidih.Jangan lupa kacau ye

3.Masukkan santan,telur dan garam kedalam periuk.Pastikan api sederhana dan tunggu mendidih

4.Selepas mendidih,tutup api dan teruska kacau untuk tempoh 2 minit untuk elak adunan membuak keluar

5.Basahkan acuan dengan air,tuang adunan agar-agar dan tunggu keras.Boleh juga masukkan adunan kedalam peti ais untuk mejadikan ia sejuk dan keras.

6.Potong cantik-cantik dan makan.Jangan lupa baca doa makan dulu ye

0 Response to "Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka Merecik"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel