Resepi Pau Sambal By Ismi Ilmi

Resepi Pau sambal
Resepi Pau Sambal - Siapa suka kuih ni? 😁
.
Alhamdulillah.. antara kuih yg sy buat mnjadi income sy setiap hari. Demi anak2 dan hutang, sy gagahkan diri belajar buat kuih dr tahun 2015 selepas berhenti mengajar sbb nak bantu suami waktu tu.

Bertahun2 bersama, Tapi lastly dia memilih prmpuan lain juga mnjadi isterinya skrg. Sy belajar redha krn Allah lebih mengetahui apa terbaik buat diri kita. Alhamdulillah, teruskan buat kuih untuk sara diri, anak2 dan bayar hutang. Doakan sy dimurahkan rezeki dan tabah teruskn hidup menghadapi ujian Allah ini. Terima kasih Allah.
.
#Pausambal #burgerMalaysia ❤️
.
🌸RESEPI PAU SAMBAL CARA SAYA🌸

🌹BAHAN A🌹

1. Tepung gandum CAP SAUH 550gm masukkn dalam mangkuk besar. 
*Saya guna Tepung cap SAUH atau FAIZA, selain cap ni sy tak pasti 😅

2. Satu sudu kecil garam (masukkn dalam mangkuk tepung)

3. Satu sudu kecil baking powder (masukkn dalam mangkuk tepung) 

4. Satu sudu kecil soda bikarbonat (masukkn dalam mangkuk tepung)

5. Dua sudu besar margerin cap pelangi (masukkan dalam mangkuk tepung)

🌹BAHAN B🌹

1. Mauripan satu paket kecil, (masukkan kesemuanya dalam mangkuk yang lain)

2. Tiga sudu besar gula ( masukkan dalam mangkuk mauripan tadi)

3. Dua sudu susu pekat kacau dgn air panas suam (jgn pns sgt) anggaran 300ml (masukkan dalam mangkuk mauripan tadi) kemudian kacaukn air susu tu biarkan mauripan n gula bersatu then biarkan kembang dlm 10 hgga 15 minit

🌹BAHAN C🌹

1. Sebiji telur gred c

🌷CARA BUAT🌷

🍩 Masukkan BAHAN B (setelah mauripan kembang) ke dalam BAHAN A

🍩 BAHAN C (telur, kacaukan ia) setelah dikacau telur tu masukkan kedalam BAHAN A

🍩 Kesemuanya telah disatukan dalam BAHAN A (Mangkuk tepung) kacau guna sudu dulu, kemudian ramas guna tangan dan uli sedikit2 sehingga tepung tidak lembik, sekiranya lembik tambahkan lagi tepung Dan uli sehingga tepung boleh ditarik2. 

🍩 Tutup mangkuk tepung yang siap diuli dengan dulang atau Kain basah 10- 15 minit.

🍩 Setelah 15 minit, buka penutup, (Kita akan nampak tepung dah Naik)  then tumbuk2kan dia agar keluar angin

🍩 Ambil sedikit2 jadikan bentuk bulat2 kecil anggaran besar sikit dari bola pingpong, asing2kan dalam dulang besar yang telah diletak tepung didasarnya. (Biasanya saya dpt dalam 32 atau 35 biji)

🍩 sekali lagi ambil sebiji2 dari tepung yg dibulatkan tadi, bentukkan ia menjadi Pau. Buat sampai habis. (Asingkan antara sebiji Pau dengan Pau yg lain agar ia mudah kembang dengan jayanya) 😅

🍩 Tunggu sehingga Pau kembang sehingga 20 ke 30 minit.

🍩 Agak2 dah nampak Pau Mula kembang, boleh la buka API Dan panaskan minyak yg banyak. 

🍩 Masak dengan API yg perlahan (sekiranya nk buat frozen) Pastikan warna pau putih, balik2kan Pau sebelah dan sebelah. Tak perlu sampai jd warna coklat. Tp kalau nak makan terus, Goreng mcm biasa, terbalikkan sebelah dan sebelah lagi bila menggoreng, dan boleh angkat.

🍩 Potong pau guna pisau yg tajam bila pau dah sejuk.

🍩 Masukkan sambal 1 1/2 sudu besar dalam pau dan timun yg telah dipotong.

🌺SAMBAL TUMIS CARA SAYA🌺

🍭Masukkan minyak anggran suku dalam kuali, panaskan minyak.
🍭 Masukkan segenggam ikan bilis yg telah dibuang kepalanya ke dalam kuali.
🍭Masukkan bawang merah ( 3 biji besar) n bawang putih ( 6 ulas ) yg tlh dihiris ke dalam kuali
🍭Tunggu sehingga naik bau.
🍭Masukkan lada kering yg telah diblender ke dalam kuali.
🍭Tunggu sehingga lada betul2 masak shgga keluar minyak.
🍭Masukkan sedikit garam, perencah rasa, Dan asam jawa/ asam keping
🍭Masukkan sedikit air Dan gula 3 senduk besar
🍭Kacau sambal dan tunggu dia sebati. Dah boleh tutup api.
.
Terima kasih yang mendoakan saya. Amin Amin Amin..  Moga ilmu yg diberi memberi manfaat pada semua. ❤️

Kredit ismi ilmi
LIKE DAN SHARE

0 Response to "Resepi Pau Sambal By Ismi Ilmi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel