Resepi Nasi Kerabu
Nasi Kerabu |
RESEPI NASI KERABU
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
25 kuntum bunga telang, cuci, tosk dan tumbuk lumat*
2 camca besar air suam*(*disatukan dan perah untuk jusnya, tapis)
4 1/3 cawan air + jus bunga telang tadi
1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG :-)
500 gram sotong (mat guna sotong kembang) dipotong
2 camca besar sos cili
1 camca besar gula merah
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 biji cili merah (mat guna 4)*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN SAMBAL BUDU :-)
350 ml pati santan
10 - 12 tangkai cili kering, hiris dan rendam hingga lembut*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 cm halia*(*dikisar halus)
1 keping asam gelugor
4 camca besar 'budu'
1 camca besar gula
BAHAN-BAHAN SAMBAL KELAPA :-)
1/2 biji kelapa, diparut putih (kurang lebih 1 1/4 cawan)
1 ekor ikan kembong, dibakar, ambil isinya dan tumbuk
5 biji bawang merah*
2 batang serai, hiris*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Hirisan daun selom, secukupnya
Hirisan pucuk ulam raja, secukupnya
Hirisan kacang panjang, secukupnya
Hirisan kacang botor, secukupnya
Hirisan halus bunga kantan
Hirisan daun kesom, secukupnya
Hirisan kobis, secukupnya
Hirisan halus serai (bahagian putih sahaja) secukupnya
Hirisan halus timun, secukupnya
Hirisan halus daun kunyit, secukupnya
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Ikan kembong goreng celop tepung
Telur asin
Belahan limau nipis
Keropok (tak letak, sebab takde)
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK NASI :- Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang air + jus bunga telang dan masukkan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga nasi tanak, biar betul2 masak dan boleh gemburkan dengan chopstick (kalau anda nak guna beras siam, sukatan air 1 nisbah 1, atau 1 bahagian beras : 1 bahagian air).
UNTUK SAMBAL SOTONG :- Celur sotong kembang sekejap dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos cili dan gula merah. Masak hingga terbit minyak. Masukkan sotong, perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matika api.
UNTUK SAMBAL 'BUDU' :- Masak santan kelapa dengan api sederhana hingga keluar minyak, kacau selalu. Masukkan bahan kisar halus, budu dan asam gelugor. Tambah gula dan masak hingga pekat. Matikan api.
UNTUK SAMBAL KELAPA :- Goreng kelapa parut putih hingga wangi dan perang sedikit. Kemudian gaul dengan bahan2 tumbuk halus. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
UNTUK NASI KERABU :- Senduk nasi secukupnya ke dalam pinggan sesuai. Letakkan semua ulam2 tadi dalam kuantiti yang secukupnya (jangan banyak sangat). Letak bahan sampingan dan hidangkan bersama sambal kelapa, sambal budu dan sambal sotong. Sedap dimakan dengan sambal sotong sejurus anda gaulkan nasi tadi dengan ulam2man, sambal kelapa dan sambal bulu...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal budu tu, mat guna 10 biji cili padi merah thai dan 2 camca besar cili kisar. Anda boleh guna apa2 saja ulaman yang anda rasa nak letak, tapi pastikan ulam2 tadi dicuci, kasi tos kering2..dan baru dihiris halus. Untuk ikan pula, cm guna ikan kembong saiz kecil atau ikan kembong batu.
Selamat mencuba!!! (*____^)
0 Response to "Resepi Nasi Kerabu"
Catat Ulasan