30 Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Sahur
Masakan ringkas untuk bersahur selama 30hari.. korang boleh cuba resepi yang disediakan. Silakan share ya..
Sila LIKE page Viral Resepi ya.. kalau tak nak terlepas resepi berbuka dan sahur yang terkini
Resepi Nasi Goreng Kantan
Bahan nya
2 mangkok nasi sejuk
1 sudu besar udang kering tumbuk
1 sudu besar cili kisar (kaknoor campur cilipadi+cilibesar)
2 ulas bawang putih tumbuk
3 ulas bawang merah tumbuk
1-2 kuntum bunga kantan (kaknoor guna dua) sebab banyak kat rumah hehe
Secukupnya ikan bilis goreng
Sedikit terung pipit tak nak pun takpe
Sedikit minyak, garam dan perasa
Sedikit kicap manis dan kicap masin
Caranya
Panaskan kuali, tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi.
Campurkan cili kisar, udang kering, kicap manis dan masin
Kacau sehingga pecah minyak, tambahkan nasi sejuk
Gaul rata masukkan terung pipit jika suka
Rasa lah ikut keselesaan family jika kurang rasa
Tambah lah garam dan perasa kemudian tutup api
Taburkan dengan bunga kantan dan ikan bilis goreng
Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba..
kredit resepi: Kaknoor
Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus
Bahan-bahan :-
secukupnya 3 ekor ikan kembung rebus (gorengkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja)
1 biji bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih *
2 tangkai cili besar merah *
4 tangkai cili padi * (suka pedas letak lebih)
1/2 inci belacan * secubit ikan bilis *
1 biji telor Lobak - potong memanjang
Kubis - hiris sederhana nipis
secubit garam
sedikit pati ikn bilis
Tumbuk lumat bahan bertanda * (sy chopper je hihihi)
Cara-cara :- Tumiskan bawang besar hingga harum.
Masukkan bahan tumbuk dan tumiskan lagi hingga kekuningan. Masukkan lobak dan kaup balikkan seketika.
Masukkan pula nasi dan gaul rata. Letakkan pati ikan bilis dan garam.
Bila nasi dh rata dengan semua bahan, letakkan pula kubis dan isi ikan rebus.
Kacau lagi, masak dan gaul rata hingga semuanya jadi sebati. Kemudian buatkn lubang di tengah2 nasi dan pecahkan sebiji telor. Biarkan seketika barulah gaul rata2 dengan nasi.
Bolehlah tutupkan api. SELAMAT MENCUBA!
Resepi Nasi Goreng Dabai - Sarawak
BAHAN-BAHAN
Bahan (A)
4 mangkuk nasi(utk empat orang)
5 biji buah dabai (dibuang biji) (dabai digaul dgn nasi)
Bahan(B)
4 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih minyak untuk menumis isi ayam atau udang garam secukupnya kiub ayam
CARA-CARA MEMBUATNYA
Tumiskan bahan B sehingga naik bau, masukkan bahan A Bolehlah ditambah kiub ayam dan garam perasa mengikut citarasa masing-masing siap untuk dihidangkan
Resepi Nasi Goreng Ayam Black Pepper
Bahan-bahan :
4 cawan nasi sejuk
isi ayam dipotong kecil2
serbuk blackpepper-saya buat homemade je lg sedap dari beli di kedai yg ade MSG.kisar kasar je biji blackpepper.
garam
bahan kisar;
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 sudu sos blackpeper
3 biji cili padi hijau
segenggam ikan bilis
1. tumbuk atau kisar semua bahan2 kisar tanpa air. saya guna blender kering je, taruk sikit minyak. kemudian tumiskan.
2. campakkan isi ayam dan masak sampai ayam masak.
3. kemudian campak pula nasi putih.gaulkan dan sebatikan.
4. letak pula serbuk blackpepper. angkat dan siap dihidangkan.
RESEPI NASI GORENG AYAM KUNYIT
Bahan-bahan nasi goreng
1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
1/2 inci belacan - dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api - diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan ayam goreng kunyit
200g isi ayam - dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili besar - dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara membuat nasi goreng
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi. Kacau.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Angkat.
Cara-cara memasak ayam goreng kunyit
1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.
RESEPI NASI GORENG BELACAN
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk ~ diperoikan
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas
5 biji cili padi
5 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut
3 cm belacan
Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak
Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam.
Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula.
RESEPI NASI GORENG BIASA
Bahan-Bahannya
1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa
Bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap. Gaul rata.
6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
9. Tutup api dan hidangkan.
Resepi Nasi Goreng Cili Padi
nasi goreng kegemaranku.. lagi pedas lagi menyengat!
Bahan-bahan diperlukan:
3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)
5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)
Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je)
Bahan Kisar (kalau tumbuk lagi bagus)10 biji cili padi
1 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)
1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
Bahan Sampingan:
Minyak Masak
Garam secukup rasa
2 biji telur ayam
Cara menyediakan dan memasak:
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
Gunakan api besar, masukkan telur ayam,kacau sedikit dan terus masukkan separuh nasi di atas bahan tadi. terus kacau hingga rata
Masukkan garam secukup rasa bersama kacang panjang. kacau lagi..
Masukkan separuh lagi nasi dan kacau sebati sehingga masak.
RESEPI NASI GORENG CILI KERING
Bahan-Bahan
1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak
2. Bawang besar | ditumbuk
3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.
8. Garam secubit
Cara-Cara Memasak
1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan.
Resepi Nasi Goreng Cina Mudah Tapi Rasa Ummmphhhhh
Jom kita tengok bahan-bahan resepi nasi goreng cina ni.
Kuantiti sukatan bahan adalah untuk 2 orang dewasa ya.Boleh tambah ikut kesesuaian.
2 cawan nasi putih ( yang semalam atau dimasukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu )
1 biji telur ayam
1/2 batang lobak merah dipotong dadu
Lauk pilihan
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair masin
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
Lada sulah /lada putih secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan tumbuk untuk perencah nasi goreng :
1/4 bawang besar/Holland
2 ulas bawang putih size sederhana
1/2 inci halia
Bahan hiasan nasi goreng :
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Cara buat nasi goreng cina adalah seperti dibawah.
Nak nasi goreng yang sedap , gunakan nasi yang semalaman atau masukkan dalam peti sejuk seketika.Nasi goreng cina ni warnanya tak terlalu terang sebab tak guna cili kisar.Tapi rasa best.
#1: Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.Pecahkan sebiji telur dan kacau sebati biar kuning dan putih telur bercampur.Masukkan dalam kuali dan jadikan telur hancur.Boleh tengok video.Ketepikan.Masukkan pula lauk pilihan dan goreng tanpa minyak.Bila dah masak ketepikan.
#2: Masukkan minyak dalam anggaran 3 sudu makan .Masukkan bahan tumbuk nasi goreng cina kita ni , dan tumis hingga naik bau.Tambahkan sayur lobak merah yang dah dipotong dadu dan biarkan masak.
Jangan tambah air ya.Nanti berair atau lembik nasi goreng.Tak sedap.
#3: Bila dah masak sayur, masukkan sos tiram bersama kicap cair masin.Kita gunakan kicap cair sebab tak nak warna nasi goreng jadi gelap.Kan nasi goreng ni jernih je kan warnanya.
#4: Masukkan nasi,telur tadi bersama lauk dan lada sulah secukup rasa beserta garam.Apa lagi ,kacau nasi goreng dengan skill yang ada .Ikut lah macam mana asalkan nasi tu sebati elok je .hee.Rasa dan tambahkan serbuk perasa sedikit.Tengok nasi dah kering, angkat.
Boleh tambahkan daun bawang atau bawang goreng ke dalam nasi goreng cina.
Senang je kan.
Selamat mencuba tau.
Resepi Nasi Goreng Daging Merah
Daging masak merah sememangnya terkenal dengan ala-ala masakan thai. Daging masak merah sedap dan sesuai dimakan dengan nasi goreng mahupun dengan nasi putih sahaja.
Okay, bagi yang nak mencuba memasak resepi ini boleh rujuk sebagaimana di bawah ni.
Bahan-bahan:
Daging Merah
Sedikit daging (dihiris nipis, basuh bersih dan toskan)
Sedikit perwarna merah
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit air
Sos Sayuran Campur untuk Daging Merah
1/2 inci halia (kisar/tumbuk)
3 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
1 batang serai (dihiris serong)
4-5 sudu lada kering yang sudah dikisar
Sedikit sos tiram
1 sudu sos ikan
Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 helai daun limau purut
2-3 batang kacang panjang (dipotong dalam 1-2 inci)
Sedikit putik jagung muda (dipotong serong)
Sedikit lobak merah (dipotong)
1-2 cili merah (dipotong serong)
1 labu bawang besar (dihiris membulat)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak (untuk menumis)
Hirisan tomato dan daun salad (hiasan)
Nasi Goreng
Nasi putih secukupnya (sejuk dan leraikan)
1 biji telur
2 sudu cili giling
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
Sedikit garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak (untuk menumis)
Bawang goreng (hiasan)
Cara-cara:
Penyediaan Daging dan Sos Sayuran Campur untuk Daging Merah
Rebuskan daging dengan sedikit air dan masukkan perwarna merah, secubit garam dan serbuk perasa.
Dengan menggunakan api yang sederhana, biarkan ia mendidih sehingga daging empuk. Lebihkan air rebusan daging. Ketepikan seketika.
Selepas itu boleh la panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, halia dan serai bersama cili giling sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air rebusan daging tadi bersama sos tiram, sos ikan, dan air bancuhan tepung jagung.
Masukkan juga daun limau purut, kacang, carrot, putik jagung, cili merah serta bawang besar. Kacau dan gaul sekata.
Selepas itu boleh la masukkan daging yang empuk direbus tadi, gaulkan bersama.
Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Siap dan ketepikan seketika.
Penyediaan Nasi Goreng
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk.
Masukkan bersama cili giling. Kacau sehingga naik bau.
Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Pecahkan telur dan gaul sekata.
Selepas itu masukkan nasi yang dileraikan. Gaul sehingga sekata.
Siap dan sedia dihidangkan bersama daging masak merah tadi.
Selamat mencuba!!
RESEPI NASI GORENG HAILAM
Bahan-bahan
Nasi Goreng:
Nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan Untuk Kuah Hailam:
1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)
Cara-cara untuk memasaknya
NASI GORENG:
1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.
2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.
KUAH HAILAM:
1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.
Resepi Nasi Goreng Hati Ayam
Bahan – bahannya :
3 Cawan Nasi putih – yang telah disimpan didalam peti ais selama 2,3 jam
4 Ketul hati ayam – cuci , dilumur garam kunyit dan goreng hingga garing.
1 Butir telur
3 Ulas bawang merah – dihiris
2 Ulas bawang putih – dihiris
2 Biji cili padi dihiris
Garam secukuprasa
50Gm bunga kubis – dihiris
1 Pokok sawi – dipotong
Sedikit daun bawang – untuk tabur diatas
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak sedikit , pecahkan telur dahulu..kacau hingga hancur..
kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah tumis hingga kekuningan..
Masukkan hati ayam yang digoreng terlebih dahulu..boleh dibelah sedikit hati ayam , cili padi , batang sawi dan bunga kubis..kacau hingga rata..
Akhir sekali masukkan nasi putih , daun sawi dan garam secukuprasa.kacau sehingga rata ..
Matikan api , angkat dan sajikan.
Untuk hiasan ..tabur daun bawang diatasnya..dah siap nasi goreng hati ayam…
Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Dan Petai
Resipi Nasi goreng Ikan Bilis dan Petai ini bukan sahaja sangatlah simple untuk disediakan, tetapi tersangatlah sedap. Terasa pulak hendak share resipinya yang saya dapati dari blog Azie Kitchen. Oleh kerana ianya sangat mudah untuk disediakan, saya dah membuatnya beberapa kali, memang lazat. Kalau tak percaya, boleh tengok resipi di bawah dan bolehlah cuba membuatnya.
Selamat mencuba ya...
Bahan-bahan
Nasi putih
1 genggam ikan bilis digoreng garing
1 gengam petai - hiris dan goreng
3 biji telur
Garam
Bahan tumbuk
5 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
4 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Belacan
Cara-cara
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan.
Goreng pula petai seketika dan angkat. Ketepikan
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan telur. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rata
Masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng. Kacau rata.
Masukkan garam secukupnya
Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas-panas
Resepi Nasi Goreng Ikan Kembung Rebus
Bahan2
3 mangkok nasi sejuk
1 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
sedikit halia*
6 cili padi* ( bahan* ditumbuk lumat)
3 sudu besar cili kering yg telah diblend
3 batang kacang panjang - kalau nak lebih boleh tambah
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam
bahan untuk ikan
1- 2 ekor ikan rebus
1 bawang besar - dihiris
cara masak ikan...goreng ikan rebus kemudian taburkan bawang..bila ikan dah masak dan bawang dah layu...boleh la diangkat dan tepikan.
Cara2
1. mula2 panaskan sedikit minyak....tumiskan bahan2 tumbuk hingga naik bau..kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga terbit minyak....kemudian masukkan sos cili. kicap dan sos tiram...gaul2 rata.
2. kemudian masukkan sayur kacang yg telah dipotong halus dan kacau2 sekejap...selepas itu masukkan nasi dan kacau2 rata...isi garam....kalau kurang kicap boleh tambah lagi...masak nasi goreng tadi hingga berasap...bila dah berasap boleh tutup api...
3. hidangkan nasi goreng tadi dgn seekor ikan rebus goreng dan ditaburkan dgn bawang goreng....dah siap...
RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-bahan
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris
Bahan Tumbuk Halus
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna.
2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali.
3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi.
5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.
6. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.
RESEPI NASI GORENG MAMAK
Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
3 paket serbuk rencah Maggi kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
2 batang sayur sawi dan kobis – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan isi ayam – dipotong dadu ** Nina tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak
Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga nasi dan sayuran masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, tomato, limau kasturi dan bawang goreng.
RESEPI NASI GORENG NENAS ALA THAI
Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk ( sejukkan nasi terlebih dahulu dalam petiais semalam)
*Nasi yang di sejukkan senang nak goreng dan tidak melekit kalau menggunakan beras wangi sebab kanji nasi menyebabkan nasi akan melekat dan bergumpal*
Sedikit cili benggala merah/ hijau/ kuning atau boleh guna mana2 warna dan potong dadu kecil
Sedikit nanas - potong dadu dadu
Sedikit udang dan sotong kalau suka seafood
Minyak secukupnya untuk menumis
(A)
2 ulas bawang putih - cincang halus
Sedikit bawang besar - cincang halus
(B)
1 biji telur - pukul sekejap
(C)
1 sdt serbuk kari babas - kalau tak ada boleh guna apa2 je
1 sdm sos tiram
1/2 sdt paste tomyam
(D)
Sedikit serbuk ikan bilis
1/2 sdt sos ikan
Garam secukup rasa
Cara
Panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan A. Tumis sehingga bawang kuning.
Kemudian masukkan telur biarkan sekejap dan kacau. Masukkan udang dan sotong dan terus di kacau sehingga separuh masak.
Masukkan serbuk kari dan kacau sekejap di ikuti sos tiram dan tomyam paste. Tumis lagi sehingga sebati dan masukkan nasi.
kacau nasi sehingga sebati dengan bahan-bahan lain dan masukan serbuk ikan bilis, sos ikan dan garam ( Rasakan secukupnya jangan terlajak garam.)
Akhir sekali masukkan cili benggala dan goreng sebati. Di ikuti nanas dan goreng lagi dalam 5 minit dan tutup api.
Sedia untuk di nikmati dengan telur dadar dan sambal belacan.. Sedap!
SELAMAT MENCUBA!
RESEPI NASI GORENG PATTAYA
Bahan-Bahan
Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih di-blend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa
Cara Membuat
1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.
Proses Membungkus Nasi dengan Telur
1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.
RESEPI NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan
1 mangkuk besar nasi
1 labu bawang besar dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara masak
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap.
Selamat mencuba.
RESEPI NASI GORENG SEAFOOD
Bahan-bahan
2-3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)
Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.
NASI GORENG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
1 biji lada merah
8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
3 biji bawang (sederhana)
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
1-2 ekor Sotong (dipotong)
Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
Kicap manis
Kicap sotong
1 biji telur
Garam & perasa
Minyak
CARA MEMASAK:
Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
Boleh juga tambah udang atau bahan lain.
RESEPI NASI GORENG TELUR ASIN
Resepi nasi goreng special ni admin dapat dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dah cuba masak, memang sedap!
Bahan-bahan
2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - dipotong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas
Cara menyediakannya
1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.
RESEPI NASI GORENG TOM YAM
Bahan-Bahan
Bahan untuk nasi goreng:
• 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
• 1 biji telur
• 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
• 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
• 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
• 2 batang serai, hiris nipis
• 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
• 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
• sayur kobis, potong kecil
• carrot, potong dadu kecil
• 2-3 helai sawi, hiris nipis
Bahan untuk tumbuk kasar:
• 4 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 6 biji cili padi
Bahan untuk hiasan tambahan:
• keropok goreng
• telur goreng mata
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna). Kacau seketika di atas api perlahan.
3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.
Resepi Nasi Goreng Tuhau - Sabah
Bahan:
Nasi Putih
Bawang Putih
Serbuk Kunyit
Jeruk Tuhau Pedas (Ditoskan)
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan Jeruk Tuhau yang telah ditoskan. Kacau hingga naik bau. Masukkan nasi putih dan gaul. Kemudian bubuh garam dan serbuk perasa ikut suka hati. Siap.
Sedap dimakan semasa panas-panas. Boleh juga campur dengan bilis, sotong, udang atau apa-apa saja campuran yang disukai.
Resepi Sambal Tuhau Pedas Menyengat...
Tuhau, atau salah satu tumbuhan yang masuk dalam kategori halia ini merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai di Kepulauan Borneo.
Nama saintifiknya adalah E. Coccinea, Tuhau ini akan dikeluarkan dan dipotong kecil-kecil sebelum dicampur dengan bahan lain. Istimewa makanan ini, boleh simpan lama dan sangat sedap dimakan bersama dengan nasi yang masih lagi panas. Jom cuba:
Bahan-Bahan
1. 6 batang tuhau/kesing dibuang kulit luar
2. 10 biji ladi padi/lada burung (boleh kurangkan atau lebih ikut kesesuaian)
3. cuka secukupnya (boleh juga ditukar dengan limau nipis atau limau kasturi)
4. Garam secukup rasa.
Cara Penyediaan:
1.Tuhau hendaklah dibuang kulit kerasnya dan ditumbuk menggunakan lesung batu atau pengisar.
2. Setelah selesai maka gaulkan bersama cili padi, cuka dan garam secukupnya.
3.Sambal ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
4.Cara memakannya boleh makan sebegitu atau tambahlah udang tumbuk yg telah digoreng, dan belacan jika suka.
5.Makan bersama nasi putih panas dengan ikan bakar, ikan goreng atau ikan masin Boleh juga dimakan bersama ikan bilis goreng.
6. Ia kan menjadi jeruk jika diperam selama seminggu.
Resepi Nasi Goreng Ulam
Bahan:-
2 mangkuk nasi putih
8 tangkai cili padi - diketuk
1/2 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - diketuk/dicincang
1 cawan ikan bilis kecil2 - digoreng garing
5 batang kacang kelisa (botor) - dihiris nipis
7 urat kacang panjang - dihiris halus beberapa tangkai daun kesum - dicincang
1 biji cili merah dan cili hijau - potong serong
1 kiub pati ikan bilis
1 sudu besar kicap masin
1 biji telor
garam secukup rasa
minyak masak
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
Masukkan kiub pati ikan bilis dan kicap cair.
Kacau sekejap Masukkan nasi putih dan kacang kelisa..
Kacau lagi. Tambah garam secukup rasa.
Tolak nasi ke tepi kuali sikit dan pecahkan telor.
Kacau rata hingga nasi nampak berasap gitu. Tutup api dan masukkan kacang panjang, daun kesum, cili merah dan hijau dan ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul rata. Hidangkan.
Resepi Nasi Goreng Mentega
mudah dan ringkas, x pyh susah2...yg penting sedap. X caya, cubalah sendiri.. (nasi kegemaran si manja)
Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional
Cara menyediakan dan memasak:
Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.
RESEPI NASI GORENG PAPRIK
Bahan Nasi Goreng (3 orang makan)
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 senduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa
Bahan Paprik Campur
Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)
Cara Memasak
Nasi Goreng:
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering sikit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.
Paprik campur:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

RESEPI NASI GORENG KERABU
Bahan-bahan
Nasi putih secukupnya
daun limau purut
serai
cili padi
bunga kantan
1 kiub ikan bilis
1 biji telur
kacang botol secukupnya/ boleh ganti dengan kacang panjang dan lain-lain.
sedikit isi ayam
3-4 ulas bawang putih.. diketuk
1 biji bawang sederhana besar - dimayang/ potong kiub
garam secukupnya dan maggi cukup rase (suka hati nak letak ke tak)
sos tiram (kalau suka) -- saya tak letak pun.
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak untuk menumis.. Agak-agak la untuk menumis. Bila minyak dah panas, pecahkan telur dan hancurkan. Angkat dan ketepikan.
2. Bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili padi dimayang halus macam nak buat bunga rampai. Cili padi tu agak-agak la potongnya kan.
3. Potong juga kacang botol.
4. Tumis bawang putih dan diikuti bawang merah/besar.
5. Bila bawang dah naik bau, masukkan isi ayam. Kacau sekejap hingga ayam masak.
6. Masukkan cili padi dan bahan yang dimayang tadi.serta sayur kacang botol.
7. Masukkan juga telur yang dah digoreng tadi.
8. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau sekejapppp je.. dalam seminit je.. taknak bahan dimayang layu sangat.
9. Last sekali, masukkan nasi dan kacau rata. Rasakan dengan garam. hati-hati kerana kiub ikan bilis dah masin. Kalau tak cukup masin, baru lah letak sedikit garam. Hati-hati ye... jangan masin sangat, nanti kena darah tinggi.
10. Kaup balikkan nasi tu biar serata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Resepi Nasi Goreng Udang
Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan nasi
12 ekor udang - ikut citarasa
2 biji telur
1 peket serbuk nasi goreng cina Adabi
Cili merah & cili api (dihiris) - ikut pedas
daun sup (dihiris)
garam
Cara menyediakan dan memasak:
Lerai2kan nasi kita..jangan ada yang berketul2..Pastu, ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur dulu...hancur2kan. Angkat dan letakkan di atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.
Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng pula udang kita dengan sedikit garam sampai keluar air udangnya. Angkat dan letakkan atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.
Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng cili pula sampai garing sikit. Pastu, masukkan nasi kita tadi bersama2 dengan telur dan udang yang telah kita sekalikan tadi.
Teruskan menggoreng...gaul serata sebelum masukkan serbuk nasi goreng cina dan gaul sebati. Last sekali, masukkan daun sup dan gaul sekejap dan terus tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan nasi
12 ekor udang - ikut citarasa
2 biji telur
1 peket serbuk nasi goreng cina Adabi
Cili merah & cili api (dihiris) - ikut pedas
daun sup (dihiris)
garam
Cara menyediakan dan memasak:
Lerai2kan nasi kita..jangan ada yang berketul2..Pastu, ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur dulu...hancur2kan. Angkat dan letakkan di atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.
Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng pula udang kita dengan sedikit garam sampai keluar air udangnya. Angkat dan letakkan atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.
Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng cili pula sampai garing sikit. Pastu, masukkan nasi kita tadi bersama2 dengan telur dan udang yang telah kita sekalikan tadi.
Teruskan menggoreng...gaul serata sebelum masukkan serbuk nasi goreng cina dan gaul sebati. Last sekali, masukkan daun sup dan gaul sekejap dan terus tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Bahan:-
2 mangkuk nasi putih
8 tangkai cili padi - diketuk
1/2 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - diketuk/dicincang
1 cawan ikan bilis kecil2 - digoreng garing
5 batang kacang kelisa (botor) - dihiris nipis
7 urat kacang panjang - dihiris halus beberapa tangkai daun kesum - dicincang
1 biji cili merah dan cili hijau - potong serong
1 kiub pati ikan bilis
1 sudu besar kicap masin
1 biji telor
garam secukup rasa
minyak masak
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
Masukkan kiub pati ikan bilis dan kicap cair.
Kacau sekejap Masukkan nasi putih dan kacang kelisa..
Kacau lagi. Tambah garam secukup rasa.
Tolak nasi ke tepi kuali sikit dan pecahkan telor.
Kacau rata hingga nasi nampak berasap gitu. Tutup api dan masukkan kacang panjang, daun kesum, cili merah dan hijau dan ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul rata. Hidangkan.
Resepi Nasi Goreng Mentega
mudah dan ringkas, x pyh susah2...yg penting sedap. X caya, cubalah sendiri.. (nasi kegemaran si manja)
Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan nasi
2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional
Cara menyediakan dan memasak:
Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.
RESEPI NASI GORENG PAPRIK
Bahan Nasi Goreng (3 orang makan)
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 senduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa
Bahan Paprik Campur
Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)
Cara Memasak
Nasi Goreng:
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering sikit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.
Paprik campur:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.
Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
BalasPadamPuan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570