Resepi Seminit Kari Ikan Anda

Resepi Seminit Kari Ikan Anda

RESEPI SEMINIT : KARI IKAN INDIA.


Bahan²nya :


Ikan - siang dan bersihkan
Tomato 1 biji belah 4
Kacang bendi 5@6 biji
Cili hijau 5 tangkai
Air asam jawa @ asam keping (pilih salah satu)
Rempah kari ikan Baba's
Rempah cili Baba's

Bahan² tumis :

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4cm halia dipotong memanjang
Daun kari
2 sudu kecil Halba

Cara²nya :

1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan bahan² tumis kecuali halba. Goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan halba (HALBA sahaja tau bukan halba campur...ni petua dari sahabat saya) dan pes rempah (rempah kari ikan dan rempah cili yang dicampur sedikit air). Tumis menggunakan api sederhana. Perhatikan dan kacau selalu untuk elakkan rempah hangus. Masak sehingga rempah kelihatan berkilat dan warna menjadi merah cantik☺

2. Masukkan secawan air dan air asam jawa (gantikan dengan asam keping jika ingin kurangkan masam. Kurangkan kuantiti asam keping dan tambah jika ingin lebihkan masam mengikut citarasa.)

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, tomato, kacang bendi dan cili hijau. Masukkan garam dan perasa (ajinomoto) jika suka. Sesuaikan rasa masam dan masinnya.

4. Setelah sayur sedikit lembut dan kuah mendidih tutup api. Resepi ini tidak menggunakan santan. Jika suka boleh masukkan sedikit santan 10 minit sebelum tutup api ya. Cuma istimewanya kari tanpa santan ni lebih tahan lama dan lambat basi😉

Siap untuk dimakan. Selamat menjamu selera...jom masak!😘

Jom Masak : Full videonya nanti saya upload ya..boleh tonton dan subscribed di Youtube

0 Response to "Resepi Seminit Kari Ikan Anda"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel